PENGENALAN

 

Kami bertiga bercadang untuk memulakan perniagaan tudung dengan jenama sendiri dan membuka premis perniagaan yang diberi nama Hijab Beauty Collection. Hijab Beauty Collection ini ditubuhkan pada tahun 2019 yang bertapak di No 354 Tingkat 1 Bangunan Jalan Austin 2, Kampung Banggul Tiang Kulat 21300 Kuala Terengganu, Terengganu. Untuk menubuhkan sesebuah perniagaan perlulah memilih tempat yang strategik dan mempunyai daya kuasa beli yang tinggi. Perniagaan kami ini berasaskan perkongsian yang terdiri daripada 3 orang rakan kongsi dengan bermodalkan sebanyak RM 15,000.


Perniagaan ini mengeluarkan perkhidmatan menjual tudung dengan pelbagai jenis fesyen yang terkini dan mengikut citarasa pelanggan. Kami memilih untuk berniaga tudung kerana ia adalah satu produk yang mempunyai permintaan yang tinggi. Dengan membuat perniagaan ini maka kami berharap agar brand tudung yang dikeluarkan akan mendapat permintaan yang tinggi dan semakin meluas.


Perniagaan ini menggunakan pelbagai jenis fabrik yang berkualiti selesa dipakai dan mudah terbentuk. Oleh itu, juga terdapat pelbagai jenis rekaan design yang sangat menarik dengan harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan. Kini tudung yang dipasarkan bukan hanya terhad dikedai kami sahaja malah boleh dibeli secara online dilaman sosial bagi memudahkan pelanggan untuk melihat atau meninjau tudung yang terkini dan dapat menjimatkan masa untuk membeli.

 

No comments:

Post a Comment